Sabtu, 27 Disember 2008

PUISI

Sebuah Puisi karya SS.Dr.Mohd.ZainalAbidin

Selasa, 23 Disember 2008


Ucapan Selamat Tahun Baru Dunia

Language: Greeting
English : Happy New Year
Afrikaans: Gelukkige nuwe jaar
Arabic: Antum salimoun
Chinese: Chu Shen Tan
Eskimo: Kiortame pivdluaritlo
Finnish: Onnellista Uutta Vuotta
French: Bonne Annee
German: Prosit Neujahr
Greek: Kenourios Chronos
Hebrew: L'Shannah Tovah
Hindi: Subh Nab Bars
Iraqi: Sanah Jadidah
Irish: Bliain nua fe mhaise dhuit
Italian: Buon Capodanno
Norwegian: Godt Nyttๅr
Polish: Szczesliwego Nowego Roku
Portuguese: Feliz Ano Novo
Russian: S Novim Godom
Spanish: Feliz Ano Neuvo
Turkish: Yiliniz Kutlu Olsun
Ukrainian: Shchastlyvoho Novoho Roku
Vietnamese: Chuc Mung Tan Nien
Thai: Sawasdee Pi Mai

YALA

Naik turun ke gugusan Sankala Giri
Singgah sebentar di Bala Hala,
Ampun hamba tegak berdiri
Entah kenalkah tidak YAKIS,YALA
Singgah sebentar di Bala Hala,
Meniti sungai mengharungi rimba
Sudah ramai mengenali wilayah Yala
Pernahkah anda mengunjung tiba.

Ahad, 21 Disember 2008

SIRIH PINANG WARISAN BUDAYA MELAYU

TRADISI makan sirih merupakan warisan budaya silam, melebihi 3,000 tahun yang lampau atau zaman Neolitik dan diamalkan dengan meluas di rantau Asia Tenggara, hingga keabad kini. Pengamalnya terdiri dari pelbagai golongan termasuk masyarakat marhaen, pembesar negara, raja serta kalangan istana dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.
Tradisi ini tidak dapat dipastikan dari mana asalnya. Ianya dikatakan berasal dari India, berdasarkan cerita-cerita sastera. Manakala jika berdasarkan bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi ini berasal dari kepulauan Indonesia. Pelayar terkenal Marco Polo diabad ketiga belas telah menulis dalam catatannya bahawa terdapat segumpal sentil atau songel tembakau dimulut kaum India. Kenyataan ini dijelaskan juga oleh penjelajah terdahulu daripadanya seperti Ibn Batuta dan Vasco Da Gama yang menyatakan terdapat masyarakat di sebelah Timur memakan sirih.
Sementara di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar. Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas sebagai persembahan untuk dewa.
Kini sirih menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi adat adalah sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara beradat sekali.
Sirih junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Begitulah keadaanya dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu.
SIRIH : Dimengertikan sifatnya yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat memanjat pohon sirih di atas junjung atau pokok sakat atau juga pokok api-api yang digemairnya dan dalam masa yang sama tidak merosakkan junjung itu.
KAPUR : Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan marah. Walaupun kapur ini diperolehi hasil prosesan cengkerang kerang atau batu kapur, ianya berwarna putih bersih, tetapi tindakbalasnya boleh melecurkan.
GAMBIR : Dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati. Warna daun gambir yang kekuning-kuninangan serta melalui pemprosesan untuk mendapatkan sarinya sebelum boleh dimakan bersama sirih.
PINANG : Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar pokok pinang itu yang tinggi lurus ke atas serta mempunyai buah yang lebat dalam setandan.
TEMBAKAU : Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal. Ini kerana daun tembakau itu sendiri berasa pahit dan memabukkan apabila ianya telah dihiris halus sebagai tembakau serta tahan lama untuk disimpan.

Jumaat, 19 Disember 2008

BUBUR SURA

Acara sambutan awal Muharram tidak begitu ketara disini, namun ianya akan dihias dengan suatu kegiatan pada hari kesepuluhnya.

Kegiatan kegemaran orang ramai di wilayah sempadan selatan Thai biasanya adalah kegiatan "Buat Bubur Sura" iaitu adunan Beras, Buahan,Gula dan Ubi
Majlis seperti ini dulunya dianjurkan oleh pemimpin agama sebelum diambil alihkan oleh pemimpin masyarakat,Oeganisasi Pentadbiran Tempatan,Majlis Daerah seterusnya diangkat naik kepada Pejabat Wilayah untuk menkomersilkannya.

Setelah pendidikan agama dapat menambat hati orang ramai dalam menyelenggarakan acara di Bulan Muharram itu, menyebabkan ramai orang yang mengalihkan perhatian masyarakat daripada acara Buat Bubur Sura di hai ke-10 Muharram kepada galakan berpuasa sunat padanya. Ini adalah berdasarkan daripada ajaran yang dapat dirujuk antaranya seperti

Azh-Zhain bin Al-Mughirah berkata : “Pendapat terbanyak mengatakan bahwa yang dimaksud ‘Asyura adalah tanggal sepuluh pada bulan Muharram, dan pendapat ini lebih sesuai jika dilihat dari akar katanya dan penamaannya.

Rasulullah SAW tidak memerintahkan secara umum tentang puasa tersebut, bahkan beliau bersabda :
هذا يوم عاشوراء, وأنا صائم فيه, فمن شاء صام ومن شاء أفطر
“ Hari ini adalah hari ‘Asyura, dan saya puasa pada hari tersebut, siapa yang suka maka hendaklah dia puasa dan siapa yang suka dia berbuka"

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : “ Disunnahkan bagi yang puasa pada hari ‘Asyura untuk berpuasa pada tanggal sembilannya, karena hal tersebut adalah perintah rasulullah saw yang paling akhir”.

Hikmah Puasa ‘Asyura dan Puasa pada hari ke-Sembilannya.

Adapun puasa tanggal sembilannya adalah untuk menjaga puasa ‘Asyura, juga untuk menunjukkan sikap berbeda dari orang-orang Yahudi yang juga berpuasa hanya pada hari itu saja. Dengan menggabungkan kedua hari itu maka syariat tersebut menjadi berbeda dari ajaran Yahudi.

Adapun puasa ‘Asyura itu sendiri karena pada hari tersebut terjadi beberapa kejadian yang baik, diantaranya: Selamatnya Musa alaihissalam dan para pengikutnya serta tenggelamnya musuh Allah, Fir’aun beserta kaumnya, begitu juga terjadinya beberapa tanda-tanda kebesaran Allah terhadap makhluknya, sesuatu yang layak untuk di syukuri.

Keutamaan Puasa ‘Asyura. Terdapat riwayat dalam shahih Muslim dari Abi Qatadah bahwa seseorang bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa ‘Asyura, maka beliau bersabda : “Saya berharap agar ‘Allah menghapus dosa-dosa setahun sebelumnya “Urutan Derajat Puasa ‘Asyura

Derajat pertama dan yang paling utama, adalah dengan melakukan puasa tiga hari, yaitu pada hari ke- sembilan, sepuluh dan sebelas.
Derajat kedua, yaitu berpuasa pada tanggal sembilan dan sepuluhnya, sebagaimana yang terdapat dalam riwayat Muslim dari Ibnu Abbas radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Jika saya masih ada pada tahun depan, saya akan berpuasa pada tanggal sembilannya (bersama hari ke- sepuluh)”,Dan dari Ibnu Abbas juga, beliau bersabda “ Puasalah kalian pada tanggal sembilan dan sepuluh, bedakanlah dari orang-orang Yahudi ”.
Derajat ketiga, yaitu dengan berpuasa hanya pada tanggal sepuluhnya saja, sebagaimana dari Ibnu Abbas dia berkata : “Kami diperintahkan Rasulullah saw untuk berpuasa pada hari ‘Asyura”

Wallahhu Aalam.

Khamis, 18 Disember 2008

Lagu Dikir : Maarof Pantai Raya

Lagu : Susah
Lirik : Maarof Pantai Raya, Yala
Kandungan Isi ;
Maarof telah mengisahkan kehidupan dirinya sebagai seorang seni yang penuh komited terpaksa tanggung risiko tinggi didalam menjalani hidup harian.Meskipun di jemput orang untuk membuat persembahan bagi menghiburkan dalam beberapa majlis menggambarkan sebagai kehidupan yang bergaya namun rialitinya beliau menceritakan bahawa beliau sangat SUSAH hidupnya, disebabkan berpendapatan yang tidakmencukupi menanggung sara hidup sekeluarga. Beliau merasakan terpinggir akibat miskin, anak-anak tidak dimasukkan ke sekolah dan dihina lebih daripada BINATANG!!?

DIKIR HULU ALA THAI

Jika nak dibanggakan dengan aktiviti kebudyaan, kini rasa agak kesepian bagi kami di Selatan Thai kerana semacam kehilangan arah panduan. Aktiviti yang sangat identik, masih diminati ramai adalah seni DIKIR HULU.
Namun Dikir Hulu kini tidak semacam yang diidamkan oleh para sasterawan melalyu kerana ianya sudah dibawa ikut rentak muzikmoden kontemporari
sila klik untuk menghayatinya

Rabu, 17 Disember 2008

Damai yang hilang

Damai yang hilang




Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,



Terlebih dahulu saya dengan bangganya merakamkan setinggi-tinggi terimakasih diatas kesudian YBhg.Tun,Tansri-Puansri,Dato' Sri - Datin Sri,Dato'- Datin,Tuan-Puan, Sdr-Sdri; Melapangkan masa melayari blog kami yang serba kekurangan ini,

Namun cita-cita kami sangat menggunung tinggi demi Memartabatkan Kebudayaan, Memerkasakan Bahasa sebagai langkah proaktif untuk melestarikan Bangsa Melayu diatas BUMI BERTUAH ini.
Kami sangat mengharapkan, melalui platfom ini selamat untuk kami berkongsi pengalaman, menuntut Ilmu dari anda sekalian.Setiap ruang didalam blog ini sedia untuk dimuat naik segala idea anda dan maklumat tentang kemelayuan secara umumnya.

SELAMAT TAHUN BARU HIJARUTUL RASUL (SAL.) 1430;
Semoga anda didalam jagaan Ilahi seterusnya.
Sekian.Terimakasih.
Hj.Mohd.Suhaimi Bin Hj.Ismail
Yayasan Kebudayaan Islam (YAKIS)
Selatan Thailand
H/p. 66 08 6291 6604