Selasa, 9 Mac 2010

Seni Persembahan Tradisional Melayu Patani


oleh
Haji Muhammad Suhaimi Bin Haji Ismail
Yayasan Kebudayaan Islam Selatan – YAKIS, Yala, Thailand

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: I. Seni Persembahan yang merangkumi tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit dan Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan.II. Seni Tampak yang merangkumi seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll).

Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai -bagai unsur tempatan dan luar. pengaruh budaya India yang membawa cara hidup, agama, dan seni ke Asia Tenggara. Antara sumbangan budaya ini kepada seni ialah cerita Ramayana dan Mahabharata, sistem kesultanan, tarian dan muzik.
Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Ia juga boleh dikategorikan dari segi genrenya, iaitu rakyat atau istana atau dibahagikan mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama.
Persembahan untuk ritual yang merangkumi bentuk tarian dan teater memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli kampong bagi memenuhi berbagai tujuan. Antaranya ialah untuk kesyukuran, bernazar dan perlindungan dari malapetaka. Perkara kesyukuran ialah seperti perkahwinan, kelahiran dan menuai; menolak bala malapetaka alam seperti kebakaran, banjir, ribut taufan; memohon perlindungan melibatkan upacara menyemah kampung dan upacara pengubatan.
Persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat dalam likungan tahun 40-50 an. Di dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian makyong, wayang kulit. Makyong mempunyai fungsi mengubati pesakit di dalam sebuah upacara yang dikenali sebagai main puteri.Manakala Menora yang berkaitan dengan agama Buddha selalunya dipersembahkan untuk upacara keagamaan seperti upacara ketik untuk merayakan sebuah berhala bagi masyarakat Siam.
Demikian juga teater dan tarian ritual ini digunakan juga untuk fungsi sekular, iaitu hiburan semasa temasya pesta tahunan anjuran ketua kampong dan pemerintah. Perubahan fungsi dari persembahan untuk upacara ritual ,pemujaan pengubatan kepada untuk tujuan hiburan akhirnya terhakis,disebabkan pertama faktor percanggahan terhadap ajaran agama kedua faktor kemajuan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi dan

faktor persaingan dengan hiburan popular atau budaya popular. Ini menyebabkan beberapa permainan tradisi seperti makyong dan wayang kulit telah beransur lenyap dengan bilangan pemain permainan tradisi ini semakin merosot

Sila Klik untuk maklumat sepenuhnya