Jumaat, 15 Oktober 2010

SYAIR


Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam, iaitu pada tahun 6000 Masihi. Za'ba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Ciri-ciri syair :

- lazimnya terdiri daripada 4 baris serangkap.
- rima syair aaaa.
- setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
- bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama, iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.



Syair dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
naratif
non-naratif

- Syair naratif ialah syair berbentuk cerita seperti Syair Siti Zubaidah, Syair Selendang Delima, Syair Panji.
- Syair nonnaratif ialah Syair berbentuk nasihat/pengajaran dan agama seperti Syair Ikan Terubuk.

Sumber:AKADEMI PENGAJIAN MELAYU -UM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan